Bak lagu Tan Sri P. Ramlee, Tiada Kata Secantik Bahasa, begitulah hakikatnya apabila penulis meneliti lirik hasil ilham penulis lirik tidak asing lagi yang pernah bersekolah dan menetap di Singapura, Datuk Habsah Hassan.
Lirik bagi lebih 1,000 lagu termasuk beberapa lagu Hari Raya telah pun dihasilkan Habsah, 75 tahun, dengan ketajaman mata penanya yang membuka minda dan menyentuh emosi sesiapa...





