Dasar berbilang budaya Singapura merupakan tonggak kekuatan negara ini dan perlu dipertahankan sepenuhnya, namun ini tidak bermakna masyarakat Melayu/Islam – mahupun masyarakat-masyarakat lain – tidak boleh memperjuangkan kepentingan masing-masing.
Bahkan, para pemimpin Melayu daripada parti pemerintah sentiasa bekerjasama rapat dengan masyarakat untuk mengetengahkan keprihatinan dan aspirasi mereka, berganding bahu dalam program-program bagi memajukan masyarakat, serta mencari huraian pada isu-isu yang...





