KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas maut dirempuh pikap ketika dalam perjalanan pulang dari surau di Pengkalan Arang, di sini malam Ahad.
Dalam nahas pada 9.35 malam, mangsa Encik Ali Mohamaed, 77 tahun, yang menunggang motosikal jenis Honda Waze meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Ford Ranger tidak cedera.





