KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan menguatkuasakan larangan penjualan produk rokok elektronik (vape) di semua premis di seluruh negeri itu mulai 1 Ogos.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Terengganu, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Exco Terengganu pada 24 April. Beliau berkata penguatkuasaan tersebut merupakan langkah proaktif kerajaan dalam membendung penjualan dan penggunaan produk...





