Projek Peningkatan Masjid (MUP) bagi Masjid Alkaff Kampung Melayu bakal dimulakan tidak lama lagi. Masjid yang terletak di Bedok Reservoir Road ini telah beroperasi lebih daripada 30 tahun. Bangunan dalam masjid yang semakin tua, memerlukan peningkatan demi keselesaan dan keselamatan jemaah.
Menyentuh tentang projek menaiktaraf bangunan luaran dan dalaman masjid ini, Pengurus Masjid Alkaff Kampung Melayu, Ustaz Mohammad Taufiq Mohamed...





