PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan proses siasatan terhadap sebuah syarikat makanan bayi dari Singapura yang memaparkan Jalur Gemilang (bendera Malaysia) tidak lengkap dalam video pelancarannya di sini, baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata syarikat itu akan berdepan proses sama daripada KDN seperti mana dibuat pihaknya terhadap akhbar Sin Chew Daily sebelum ini.





