KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) Malaysia akan memulakan pengambilan warden sepenuh masa daripada kalangan bekas pegawai tentera dan polis bagi memperkukuh aspek disiplin serta membanteras kes buli dalam kalangan pelajar institusi pendidikannya.
Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pelaksanaan inisiatif itu akan dimulakan secara projek rintis membabitkan beberapa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terpilih bagi menilai keberkesanan...





