Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo akan terus memimpin pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Jalan Besar untuk menandingi Pilihan Raya Umum 2025.
Pasukan empat anggota itu turut dianggotai Dr Wan Rizal Wan Zakariah, Cik Denise Phua dan calon kali pertama, Encik Shawn Loh, 38 tahun.





