UNITED KINGDOM: Pada awal musim Grand Prix Formula Satu (F1), pemandu McLaren, Lando Norris, mengakui kini tiada lagi alasan bagi para pemandu McLaren dan meletakkan sasaran untuk mencabar kejuaraan dunia F1 bagi pemandu musim ini.
McLaren memulakan kempen sebagai juara bertahan kategori ‘konstruktor’ buat pertama kali dalam 26 tahun. Selain mempertahankan gelaran berprestij itu, mereka mahu menamatkan kemarau kejuaraan pemandu...





