JAKARTA: Dalam usaha membendung kesan tarif import sebanyak 32 peratus yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, pemerintah Indonesia mengatur langkah strategik dengan menghantar delegasi kanan ke Washington DC dari 16 hingga 23 April untuk memulakan rundingan rasmi.
Misi itu diketuai Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Encik Airlangga Hartarto, bersama Menteri Luar, Encik Sugiono, dan Menteri Kewangan, Cik...





