KOTA KINABALU (Sabah): Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan jumlah sitaan sebanyak RM483.38 juta ($146.35 juta), dalam tempoh tiga bulan pertama 2025, dengan nilai sitaan tertinggi melibatkan kes mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata jumlah sitaan berkenaan dicatatkan dari 1 Januari hingga 31 Mac lalu di bawah Akta SPRM...





