Potensi serangan pengganas di Indonesia telah turun kepada tahap sederhana ke rendah, iaitu tahap terendah sejak 2020 selepas mencatat sifar serangan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.
Timbalan Ketua Kerjasama Antarabangsa di Badan Nasional Pencegahan Pengganasan (BNPT), Encik Andhika Chrisnayudhanto, menyatakan keyakinannya bahawa dengan langkah risikan yang digaris dalam Rancangan Pembangunan Nasional pemerintah bagi tempoh 2025-2029, Indonesia berupaya untuk terus...





