Singapura mesti bekerja keras mengelakkan negara ini daripada sebarang kuasa yang boleh memecahbelahkan masyarakat antara kaum dan agama, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 1 April.
Republik ini juga mesti menggandakan usaha bagi mengekalkan perpaduan sosial, katanya kepada kira-kira 1,000 tetamu pada satu majlis makan malam untuk meraikan ulang tahun ke-35 Persekutuan Tao dan ulang tahun ke-60 kemerdekaan Singapura.





