Mantan penjawat awam yang baru meletak jawatan, Encik Dinesh Vasu Dash, mengiringi Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast dalam lawatan ke Masjid Al-Ansar di Bedok pada pagi 31 Mac sempena solat Hari Raya Aidilfitri.
Encik Dinesh, 50 tahun, yang menamatkan tugasnya sebagai ketua Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) pada 27 Mac, merupakan mantan penjawat awam pertama yang dilihat turun padang bersama...





