Dua menteri Kabinet Singapura menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya keluarga Diraja Johor pada 31 Mac, meneruskan tradisi tahunan yang mengesahkan hubungan kukuh Singapura dengan Johor.
Semasa lawatan mereka, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dan isteri Dr Balakrishnan, Cik Joy, telah disambut Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dan isteri, Che’ Puan Mahkota...





