Majikan di Singapura semakin kurang memberi penekanan kepada kelayakan akademik semasa pengambilan pekerja, dengan hampir lapan daripada 10 kekosongan jawatan pada 2024 tidak meletakkan kriteria itu sebagai pertimbangan utama mereka.
Laporan Kekosongan Jawatan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) yang dikeluarkan pada 28 Mac, menunjukkan bahawa peratusan kekosongan jawatan yang tidak menjadikan kelayakan akademik sebagai kriteria utama meningkat kepada 78.8 peratus...





