Tiga blok kosong Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di MacPherson Lane dan telah dirancang untuk pembangunan semula akan digunakan sebagai flat sewa sementara bagi keluarga yang sedang menunggu flat Bina Ikut Tempahan (BTO) baru mereka.
HDB pada Februari lalu telah membuka bidaan untuk kerja-kerja naik taraf Blok 81 hingga 83 MacPherson Lane, yang dipilih di bawah Skim Pembangunan Semula Yang...





