KLANG (Selangor): Seorang majikan yang sebelum ini mengacukan pistol kepada pengawal peribadinya hanya kerana berpuasa dikenakan hukuman penjara enam tahun 10 bulan dan denda RM22,000 ($6,657) oleh Mahkamah Majistret Klang, Selangor, pada 28 Mac.
Majistret Siti Zubaidah Mahat membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan yang mewakili tertuduh, Chung Chee Yang, 47 tahun, gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan...





