JAKARTA: Pemerintah Indonesia kini merancang pendekatan menyeluruh untuk menenangkan kebimbangan pelabur dan pemain ekonomi utama susulan kejatuhan pasaran saham serta penyusutan nilai rupiah yang mencetuskan kegelisahan terhadap masa depan ekonomi negara.
Presiden Prabowo Subianto dijadual bertemu dengan para pelabur sebaik sahaja cuti panjang Aidilfitri tamat minggu hadapan. Pertemuan ini bertujuan untuk membetulkan salah faham mengenai dasar ekonomi pemerintah yang dianggap...





