Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan melonggarkan cara menilai pendapatan pasangan muda apabila membeli unit Bina Ikut Tempahan (BTO), memudahkan mereka yang masih belajar atau baru mula bekerja untuk membeli unit yang lebih mahal.
Mulai Julai, pasangan boleh tangguhkan penilaian pendapatan untuk pinjaman perumahan sehingga sebelum mengambil kunci rumah, asalkan salah seorang pasangan adalah pelajar sepenuh masa atau anggota Perkhidmatan...





