KUALA LUMPUR: Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40 tahun, mengakui meminjamkan seorang pengawal peribadi menemani Bella Astillah di Istana Kehakiman, Putrajaya, pada 19 Mac.
Puteri Sarah berkata usaha menyediakan pengawal peribadi wanita itu bertujuan memastikan keselamatan Bella sepanjang berada di Istana Kehakiman bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.





