KUALA LUMPUR: Jumlah pemulihan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) keseluruhan yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak RM29.75 bilion ($8.91 bilion), iaitu 70 peratus daripada kira-kira RM42 bilion yang dipercayai diselewengkan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata peratusan berkenaan mencatatkan kadar pemulihan yang sangat tinggi berbanding kadar pemulihan aset sejagat hasil daripada usaha bersepadu antara agensi penguatkuasaan dan...





