Rakyat majmuk di Singapura, termasuk masyarakat Melayu/Islam, mengiktiraf kepentingan melindungi perpaduan dan keharmonian sosial serta tidak membiarkan peristiwa luar memecahbelahkan Singapura, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.
Mengambil contoh ketegangan berterusan di Timur Tengah, Encik Heng berkata amat menggalakkan melihat rakyat Singapura tidak membiarkan konflik di Gaza menghakis kepercayaan dan muhibah yang dikongsi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum...





