Daripada bermain untuk Tanjong Pagar, kepada menandatangani kontrak beraksi bersama pasukan pendahulu Liga Perdana Singapura (SPL), Lion City Sailors, hingga dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan, Akram Azman sedang melalui tahun yang mengagumkan setakat ini.
Beliau merupakan antara yang disertakan dalam skuad 22 pemain yang diumumkan oleh Ketua Jurulatih Tsutomu Ogura, yang sedang mengadakan persiapan untuk menghadapi pertandingan kelayakan Piala Asia...





