THE HAGUE: Mantan Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, menyatakan beliau “bertanggungjawab” ketika ditahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada 12 Mac bagi menghadapi pertuduhan jenayah terhadap kemanusiaan susulan kempen perang dadah yang dilaksanakannya semasa tempoh pemerintahan beliau.
Kenyataan itu dibuat Encik Duterte dalam satu rakaman video yang disiarkan melalui akaunnya di Facebook dan penasihat rapatnya sebelum pesawat peribadi yang beliau...





