SEMENYIH (Selangor): Agensi penguat kuasa khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan tegas terhadap kenderaan berat yang menggunakan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri, hujung Mac ini.
Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke, berkata ini selepas penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke Atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) yang dijalankan selama empat hari.





