MANCHESTER: Pasukan Chelsea pada hujung tahun kewangan 2024 adalah yang paling mahal pernah dibentuk di Eropah dari segi yuran perpindahan, menurut satu laporan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa).
Laporan ‘Kewangan dan Landskap Pelaburan Kelab Eropah’ itu menyatakan Chelsea membelanjakan 1.656 bilion euro ($1.79 bilion) untuk keseluruhan kos perpindahan.





