Setiap tahun, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengagihkan hampir 40 peratus daripada dana zakat yang dikutip menerusi pusat-pusat kutipan zakat bertauliah dan wadah dalam talian www.zakat.sg, kepada keluarga dan individu memerlukan.
Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar dana membentuk bantuan bulanan yang diberikan kepada lebih 6,000 keluarga memerlukan yang layak. Antara penerima wang zakat bulanan ini termasuk keluarga yang mempunyai anak...






