Setiap pagi, sebelum matahari terbit, Muhammad Raed Mohammad Shanwaz, 10 tahun, memulakan harinya dengan ketabahan yang luar biasa.
Jika kebanyakan kanak-kanak seusianya sukar bangun pagi untuk ke sekolah, Raed perlu bersiap seawal 5 pagi – bukan untuk menyiapkan kerja rumah atau bermain telefon, tetapi untuk menjalani rutin penting: mandi, merawat luka dan menyapu lapisan krim bagi melindungi kulitnya yang rapuh.





