KUALA LUMPUR: Pelajar yang didapati melakukan kesalahan berulang menghisap rokok elektronik atau ‘vape’ di sekolah boleh digantung persekolahan selama 14 hari atau dibuang sekolah.
Menteri Pendidikan Malaysia, Cik Fadhlina Sidek, berkata tindakan disiplin itu adalah bentuk ketegasan yang diambil Kementerian Pendidikan (KPM) bagi membendung isu penggunaan ‘vape’ di sekolah seperti ditetapkan menerusi peraturan sedia ada yang melarang penggunaan rokok elektronik...





