Umat Islam sudah pun berada dalam minggu pertama bulan mulia Ramadan. Bulan yang penuh keberkahan dan menjadi peluang untuk kita meningkatkan amal ibadah dan kebajikan.
Sejak sekian lama, para ulama telah membimbing umat Islam supaya menjadikan ibadah, satu amalan rutin yang mudah dilakukan, agar umatnya dapat menikmati kesyahduan dan keistimewaan pada bulan ini. Setiap amal kebajikan yang dilakukan dengan keikhlasan...





