Mulai 4 Mac, lebih 1,300 keluarga Islam yang memerlukan akan menerima pek bantuan Ramadan bernilai $40 setiap satu.
Ditaja Yayasan FairPrice, pek itu mengandungi makanan asas seperti bijirin, susu soya, tuna dalam tin dan kurma bagi memastikan keluarga yang menerimanya mendapat makanan berkhasiat untuk sahur.





