BANGKOK: Kerajaan Thailand sedang mengkaji cadangan untuk membina tembok di sebahagian sempadannya dengan Kemboja bagi menghalang kemasukan pendatang tanpa izin serta membendung aktiviti jenayah rentas sempadan, termasuk pusat penipuan dalam talian yang semakin berleluasa.
Cadangan ini muncul di tengah-tengah operasi besar-besaran oleh beberapa negara bagi membanteras sindiket penipuan yang berpusat di Asia Tenggara, khususnya di kawasan sempadan Thailand yang longgar...





