Bagi memastikan penumpang menikmati keselesaan maksimum semasa perjalanan, jurang antara segmen landasan rel Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) diisi dengan menggunakan salah satu teknik kimpalan pantas yang sering diguna pakai dalam sektor pemasangan landasan rel.
Ini memandangkan lebih 600 kimpalan ‘alumino-termik’ diperlukan untuk mengimpal segmen landasan rel RTS Link sepanjang 5.3 kilometer secara keseluruhan agar ia tidak menjejas keselesaan...





