Menjelang 2027, semua pelajar yang menghadiri prasekolah di bawah Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) akan berpeluang menyertai Program Pendidikan Seni Majlis Seni Kebangsaan (NAC) bagi memberikan mereka akses kepada pembelajaran seni yang bermutu pada usia awal.
NAC juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk mengembangkan Pembelajaran Berdasarkan Seni Persembahan (PABL) kepada semua pelajar menengah rendah dalam tempoh tiga tahun...





