Sebuah pasukan petugas silang agensi baru bagi menyokong perniagaan warisan, kegiatan tradisional dan kehidupan budaya di kawasan bersejarah, seperti Kampong Gelam, Chinatown dan Little India, akan ditubuhkan, umum Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.
Ia akan diterajui bersama oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dan Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan...





