Kehangatan cinta kembali menguasai hati pelakon, Erra Fazira, 51 tahun, apabila beliau dikatakan sedang akrab dengan usahawan kulinari Melayu yang dikenali sebagai ‘Mr E’ atau Mohamad Ezwan Mohamad Zain, 44 tahun.
Walau bagaimanapun, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, memilih untuk tidak berkongsi lebih mendalam mengenai hubungannya, meskipun anaknya Engku Aleesya Engku Emran, 15 tahun, tidak keberatan melihat kebersamaannya...





