Juara peraduan realiti, All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Jaclyn Victor, kesal apabila dirinya menjadi mangsa berita palsu yang disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam keadaan ‘tidak manis’.
Jaclyn, 46 tahun, menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya, ternyata kecewa dengan apa yang berlaku dan bakal membuat laporan polis bagi melindungi hak dan maruah dirinya yang dipersendakan.





