Belanjawan 2025 adalah untuk semua rakyat Singapura, dengan mengambil kira aspirasi dan pandangan rakyat, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 18 Februari.
Menyampaikan ucapan Belanjawan pertamanya sebagai ketua pemerintah, Encik Wong memberitahu Parlimen bahawa cadangan kewangan 2025 memajukan lagi agenda Melakar Hala Tuju Singapura (ForwardSG), yang bertujuan memastikan masyarakat kekal kukuh dan bersatu.





