KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia sedang memuktamadkan parameter utama bagi cadangan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG), dengan diterajui sektor swasta.
Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke, berkata MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) telah menilai tujuh cadangan konsep yang diterima daripada firma dan konsortium tempatan serta antarabangsa menerusi proses Permintaan Maklumat (RFI).





