KUALA LUMPUR: Institusi perbankan di Malaysia menyekat transaksi berjumlah RM399 juta ($121.02 juta) sepanjang 2024, membabitkan aktiviti jenayah kewangan termasuk penipuan dan akaun keldai.
Timbalan Menteri Kewangan, Cik Lim Hui Ying, berkata kes penipuan secara phishing dan malware yang dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) turut menunjukkan penurunan sebanyak 60 peratus bagi sembilan bulan pertama 2024.





