Penyaluran bantuan kemanusiaan Singapura yang ketujuh buat Gaza bertepatan masa sedang penduduk di Gaza dan umat Islam secara umumnya giat membuat persiapan menjelang Ramadan, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.
Mengulas lebih lanjut kepada pihak media mengenai ketepatan bantuan Singapura untuk Gaza di Pangkalan Udara Changi (Timur) pada 12 Februari, beliau berkongsi bahawa bantuan itu...





