JOHOR BAHRU: Gaji lumayan di Singapura menyebabkan lebih 900 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Johor tidak menduduki peperiksaan penting itu dan memilih untuk bekerja di negara jiran.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Encik Aznan Tamin, berkata langkah Singapura tidak mensyaratkan pengambilan pekerja tempatan perlu mempunyai kelayakan SPM antara faktor penyumbang ada pelajar Johor enggan menduduki peperiksaan tersebut.





