Firma tempatan, Al Barakah, sentiasa menjadi pilihan utama bagi pencinta kurma terutamanya menjelang Ramadan.
Tahun 2025 ini, Pasar Kurma Al Barakah menawarkan pelbagai jenis kurma jenis Medjoul, dari beberapa negara termasuk Palestin, Maghribi dan Jordan, serta kurma premium dan eksklusif yang sangat dinantikan ramai – Medjoul Rotab dari Arab Saudi.





