Masjid boleh memainkan peranan transformasi yang lebih besar kerana ia bukan sekadar tempat ibadah, tetapi sebuah institusi yang mempunyai tanggungjawab sosial dan komunal lebih luas, kata Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.
Berkata demikian semasa berucap di Persidangan Sektor Satu Masjid (OMS) di Singapore Expo pada 8 Februari, beliau menggariskan tiga elemen penting yang membentuk masjid sebagai institusi transformasi iaitu ruang...





