THE HAGUE: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada 7 Februari menegaskan akan terus berusaha memberikan “keadilan dan harapan” di seluruh dunia, meskipun berdepan dengan sekatan yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
ICC dalam satu kenyataan berkata, “ICC mengutuk penerbitan Perintah Eksekutif oleh Amerika Syarikat yang bertujuan untuk mengenakan sekatan ke atas pegawai-pegawai kami dan merosakkan kerja kehakiman yang bebas...





