BAITULMAKDIS: Puluhan ribu pelarian Palestin di Baitulmakdis Timur dijangka kehilangan peluang pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) kerana larangan Israel berkuat kuasa pada 30 Januari.
Pemerintah Israel mengarahkan UNRWA mengosongkan perkarangan dan menghentikan operasinya di Baitulmakdis Timur di bawah undang-undang yang melarang agensi itu dan...





