STERLING (Virginia): Bakal Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, tiba di kawasan Washington pada 18 Januari bagi sambutan kembalinya beliau ke tampuk kuasa menjelang upacara pelantikan yang terjejas akibat cuaca sejuk yang luar biasa.
Beliau terbang dengan pesawat Air Force yang dihantar oleh Presiden Joe Biden ke Palm Beach, Florida, untuk peralihan kuasa selepas memenangi pilihan raya 5 November 2024...





