Ulang tahun ke-46 menjadi detik paling bermakna bagi Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, apabila disambut meriah oleh kelab peminatnya, Sitizoners di kawasan segi tiga emas, Bukit Bintang, pada malam 11 Januari.
Kelab peminat, Sitizoners, menyambut hari lahir pelantun lagu, Bukan Cinta Biasa, dengan cara unik, menayangkan enam video khas yang dipaparkan di skrin digital gergasi di tengah-tengah pusat beli-belah...





