Sedang kebanyakan pelajar mengambil masa sekitar dua jam untuk menyiapkan kertas peperiksaan Matematik biasa berukuran A4, Muhammad Aman Ramdzan, 16 tahun, memerlukan hampir empat jam bagi menjawab soalan pada kertas peperiksaan berukuran A3.
Disahkan menghidap kondisi genetik yang jarang dihadapi dan menjejas daya penglihatannya, Leber Hereditary Optic Neuropathy (LHON) pada usia 14 tahun, Muhammad Aman tidak lagi dapat menyertai sukan...





